Pages tab

Isnin, Februari 23, 2009

Apa salahnya malam2 pun aku nak bersenam?

(4 hari yg lalu)
Syukur..harga minyak turun lagi. Bleh syum skit masa nk isi minyak. Walaupun aku tau kocek sluar aku xbrapa nk ada duit, tp aku percaya dengn harga minyak yg baru ni, aku mmpu isi tank RXZ sampai penuh. Heheheeheh...

(4 hari kemudian)
Eh? Aku bru sedar dah dekat sminggu aku tak pegi stesen minyak, tp minyak motor aku masih lagi bleh bertahan. Aku tersenyum lagi bila tengok jarum meter menunjukkan kandungan bahan bakar motor aku lebih dari separuh. Kan bagus kalu slalu macam ni (Bagus?? hahaha banyak la bagus. Blum cita abih lagi)

(Pagi Keesokan harinya)
Macam biasa, pagi2 gi keja naik motor, haiwan tungganganku yg setia. Masa nak g keja, kuda besi aku ni elok je, tak buat hal. Tapi masa nk balik keja plak dia cari pasal. 5 minit aku mulakan perjalanan pulang ke rumah, dia pun mula buat hal. Tiba2 je mati tgh jalan. Ape yg rosak plak ni? takde plak nak bagi tanda2 awal dia nak rosak. Aku cek macam2. Smua ok je. Smua dalam keadaan normal. Lagipun aku baru je gi antar servis. Pehal la pulak. Dekat stengah jam aku jadi pomen kat situ. Dah puas aku pikir ape puncanya, tiba2 aku terasa was2 dengan apa yang terpamer pada meter minyak. Aku cuba goyang2 kan motor..eh? senyap je, takde bunyi cecair berkocak pun. Aku try cek ape ada dalam kandungan tank tu. Sah!! kering kontang!! &*#($%^$!@!# Baru aku perasan jarum meter tu memang tak bergerak2. Nyata aku tertipuuu....lalu air mata bergenang tanda kecewa.

Maka malam itu menyaksikan kejadian menolak motor tepi highway sambil air mata berlingan..hhuuuuu...
Tak apelah, aku kira aktiviti mlm ini adalah senaman. Tak salah kan malam2 pun aku nak bersenam?

Meter motor aku yang sentiasa menunjukkan hampir full setiap masa dan apa jua keadaan

Jumaat, Februari 06, 2009

Kenapa Gaban?

Gaban atau Gavan (eng) atau Gyaban (Jpn) adalah hero penyelamat dunia yg sgt diminati budak2 sekitar taun 80an, termasuk aku. Gaban ni ada awek yg bleh bertukar jd burung. Bes ke kalu ada awek camtu? Gaban ni ada sejenis power utk tembak resaksa iaitu Laser Gaban!! Pastu Gaban jgk ada finishing move nk bunuh resaksa. Gaban Z potong dua! Maka resaksa tu pun mati dlm keadaan yg agak mengerikan. Terbelah dua lalu meletup. Gaban selalu ditarik ke "ruang angkasa neraka". Maka kt situ la Gaban bertarung ngn makhluk resaksa yg nk menakluk bumi. Walau mcmanapun, resaksa tu tetap akan kalah dan ketua resaksa tu (yg berbentuk mcm patung batu) akan bengang dan geram dgn kekalahan resaksa nye....Maka dunia skali lgi diselamatkan oleh Polis Angkasa Gaban!!

Itu le Gaban yg aku kenal. Tapi nape nama"Gaban" tu selalu diguna utk menekan sesuatu maksud perkataan lain? Sbg contoh; lawak tahap gaban, besar gaban, marah tahap gaban. Gaban tu hero le. Knape xguna nama hero lain? Nape bkn superman? nape bkn Shah rukh khan? Kenapa? Kenapeeeee???